Want your
own Fotopage?






 
Fly With Me ~milkchoc~

By: Atiqah Zahari

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Monday, 9-Nov-2009 03:41 Email | Share | | Bookmark
Anniversary + Birthday + Honeymoon Part 2

Salam semua, hari ni saya sangat bersenang lenang untuk memulakan cerita saya.. Huhu.. Alhamdulillah, syukur pada segala nikmat yang Allah berikan, perkahwinan yang dibina kini sudah SETAHUN.. Sungguh cepat masa berlalu, rasa macam baru je sebulan dua yg lepas naik pelamin . Sekarang dah setahun, berbadan dua pulak tu.. Alhamdulillah, thank you Allah.. Cinta makin berbunga-bunga.. Hihi.. Encik suami buat kejutan sempena ulang tahun pertama perkahwinan kami, sekaligus menyambut hari lahir saya yang ke-26. Percutian yang sangat2 menyeronokkan! Saya tak tahu langsung rancangan suami saya nak berHONEYMOON di Cameron Highlands, rupa-rupanya dah dirancang awal2 lagi.. Thanks so MUCH darling.. You are so WONDERFUL! Hehe.. Saya cuma ikut arahan je kemas beg sehari sebelum kami bertolak. Puas tanya kita nak ke mana ni bang..? Encik suami senyum2 je.. Bila sampai toll Tapah baru lah saya tahu kami akan ke Cameron Highlands.. Ni lah1st time pergi Cameron.. Hahaha.. ..
Perjalanan ke tanah tinggi memanglah mencabar.. Pening kepala dibuatnya. Tempat persinggahan pertama kami di Lata Iskandar, meredakan kemualan dengan melihat air terjun sambil berposing-posing (macam biasalah)..



Meneruskan perjalanan meredah hutan belantara kerana CINTA (cewah!), rasa macam tak sampai-sampai.. Encik suami pon dah mula terkebil2 bila kepala dah mula pusing2. Finally, nampak jugak ladang teh yang hijau menenangkan jiwa..




Encik suami order teh blek karen ngan sekon..






Sungguh dingin angin di luar kereta terasa ekon kereta saya panas pulak. Saya pon bukak tingkap kereta menghirup udara segar sambil kejakunan melihat keindahan alam.. Subhanallah..





Encik suami bawa saya pergi petik stroberi sebelum kami check in, sebab hari masih awal. Saya tak melepaskan peluang memetik stroberi yang gemok2.







Lepas enjoy memetik stroberi, saya pergi ke gerai2 bunga dan sayur mayor.. Sekali terjumpa kawan lama daa.. Lama giler tak jumpa, almost 9years! Noraini a.k.a Uda satu bilik kat hostel dulu. Masa saya belajar kat Melaka sebelum saya ke UiTM Shah Alam.. Uda masih maintain macam dulu.. Kami tak berbual panjang sebab masing-masing dah ada plan sendiri..




Saya beli bunga ros banyak-banyak untuk dibuat mandi bunga malam tuh (tabur dlm bathtub).. Hahahaha .. Bunga-bunga kat Cameron cantik-cantik, segar bugar serta murah sangat..
Saya dah mula rasa penat nak teruskan cerita laa.. Sambung cerita seterusnya kat next entry la ye.. Dah tak larat nak upload gambo banyak2.. So... Tungguuuuuuuuuuuuuu.... Taa.. Taa...

Ilyana.. thanks.. yeah.. aku dah boleh edit sendiri.. hihihihi.. aku terangkan yg gelap, gelapkan yg terang je... ..
Limah, timer kasih puji2.. Nanti aku upload lagi part3 nye pulak ..
Mon 9-Nov-2009 11:53
Posted by:milkchoc
c h a n t e k sekali dong n i likeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee Mon 9-Nov-2009 12:24
Posted by:wanieybee waniey_bee@yahoo.com
Cantiknye pic. Tikah still comel wlupn dh berbdn 2 Tue 1-Dec-2009 05:15
Posted by:Efa noorulefa@yahoo.com
View all 13 comments Add comment


Monday, 2-Nov-2009 15:09 Email | Share | | Bookmark
Anniversary + Birthday + Honeymoon

Alhamdulillah.. Tak sangka sudah setahun kami bersama dan umur saya sudah 26 tahun! Saya tak larat nak cakap banyak buat masa ni.. Dan tak larat nak upload gambar banyak2 sebab hari sudah larut malam.. Sebagai introduction, kasi layan 1 gambar dulu yeh!


mcm kat Korea ke cik Sakura? Hihihi. Ni taman korea kat Malaysia je.. Fri 6-Nov-2009 04:50
Posted by:milkchoc
aieee.., ade pun tmpat boleh bace cerita2 kau..! awatnya tak habaq.., Sun 8-Nov-2009 02:50
Posted by:zura_betty betty_decute@yahoo.com  - [Link]
Hhehehe.. Aku tak cerita la Limah, suka letak gambo sendiri je.. Huhuhu.. Sun 8-Nov-2009 09:24
Posted by:milkchoc
View all 4 comments Add comment


Thursday, 29-Oct-2009 02:35 Email | Share | | Bookmark
Update Update Update..

Salam semua.. Lama betul rasanya meninggalkan fotopages yang dikira sudah berhabuk ni. Biasala, tak busy pun buat2 busy. Last entry cerita pasal puasa dan raya, sekarang ni bukan sahaja dah habis raya malah dah nak raya haji pun.. Macam2 cerita tapi saya tak berapa reti nak bercerita panjang2 kat sini (tak reti nak share dengan public.. tapi kali ni nak try membebel panjang.. huhu). Last week, weekend kami (me & hubby) memang teramatlah santai sekali, dah lama tak merasa relax serelax relaxnya (setelah sekian lama weekend busy dengan open house raya), melepak kat rumah, tengok tv, masak sama2, beromantic2.. Haha.. Pada hari Ahad yang sangat ceria, saya berjoging pepagi dengan encik suami kat Tasik KJ, angin sepoi2 bahasa, oleh kerana badanku dah semakin berat, cuma jalan2 buat satu pusingan sekeliling tasik. Encik suami je yang dapat joging 3 round while saya duduk kat bangku tepi tasik tu sorang2.. Balik joging, breakfast kebab beli kat pasar tani. Lunch masak simple je. Nasi bersama lauk daging. Tengok MELODI. Borak2 dan kutuk2 skit(takde keje! tak baik betol ) bila tengok artist2 kat TV. Huhuhu.. Pukul 3 bersiap2 hantar SNP Herbalife kat Shah Alam. Customer baru (kawan encik suami). Huhu. Bersemangat jual HL semula setelah berbulan lamanya tak aktif berniaga. Hihihhi.. Nanti2lah saya cerita pasal HL ni yer.. Lepas kami puas berceloteh beri penerangan kat customer baru ni, kami memang takde keje. Terus fikir balik rumah je laa.. Tapi encik suami meneruskan perjalanan ke SKY PARK T3 Subang Epot yang hanya sekangkang kera dari rumah kami.. Haha.. Lama rasa tak pekena kopi.. Teringin sangat2 nak minum kopi sejuk.. Rasa puas sangat dapat minum kopi.. Gambar kat bawah ni bukti wajah-wajah kepuasan dapat kopi. Sambil baca Pa & Ma yang terbaru.. Memang LAYANNNN....





Kat situ boleh pulak terjumpa 2 orang kawan lama encik suami masa dia belajar kat UK dulu. Kawan baik katanya, tapi berabad tak jumpa lepas balik ke Malaysia 10 tahun yang lalu. Masing-masing melepas rindu (gambar tak disertakan di sini). Hahahaha.. Kelako la diorang tu, tak reti nak join cerita orang dulu-dulu ni. Kekekeke.. Petang tu ada live band, tapi kami tak berniat nak bersantai lebih lama lagi sebab hari dah senja.. Dah nak Maghrib... Pulang ke rumah dengan hati yang lapang..


Dah cerita pasal weekend, rasa nak selit-selit gambar makan-makan kat Grand Paragon Hotel masa ikut encik suami outstation di JB last week. Makanan2 yang sedap sgt, tapi masa tu bawak digicam masa breakfast je. Lunch nye makanan lagi superb tapi camera tertinggal kat bilik..



ni lah rupa bilik orang yang sangat busy.. saya pulak busy berbaring tengok tv dan juga ambik gambar apa2..




makanan2 yang enak..






sangat suka ikut encik suami gi outstation!



Oleh kerana entry raya takde, jadi saya sertakan juga gambar raya saya bersama encik suami yang terCINTA.. Seronok giler dapat beraya kat kampong halaman mertuaku.. 1st time beraya sebagai seorang isteri dan bakal ibu! Alhamdulillah..




Hmm... Saya masih belom puas meletakkan gambar2 di sini.. Apa kata saya habiskan cerita dengan saki baki gambar Bali yang dah basi itu? Hehehehehehe ...


di pekarangan swimming pool hotel kami






teringin bergaya seperti model kain oren.. Hahaaha (kain ini wajib di sarung setiap kali masuk ke kuil )


makhluk apa kah ini?






di hadapan bilik berbulan madu...

Fuh.. Lama betul mengUPDATE entry ni. Dah tak larat nak cerita apa2 lagi. Entry seterusnya kita cerita pasal BELLY and the BABY pulak ye! Taa Taa..













Kak Peah, macam dalam video clip ke?... Tu tak dengar aku nyanyi lagi tu.. Hahaha..
Fydayu, mmg suka berposing mcm2 gaya.. Bukan takat romantic2 je.. Aksi gedik pun banyak. Haha. Pic kawen? Pic kawen kena dtg rumah je tgk..
Fri 30-Oct-2009 04:59
Posted by:milkchoc
Macam model ek!


http://rnzphoto.fotopages.com
Fri 30-Oct-2009 06:09
Posted by:RnZ Photo JB  - [Link]
uuUUu.. English Breakfast @ grand paragon.. I like!! hehe Wed 4-Nov-2009 06:45
Posted by:ilyana
View all 9 comments Add comment


Thursday, 10-Sep-2009 08:07 Email | Share | | Bookmark
Biskut Raya

Oleh kerana excited sangat nak beraya, saya pon membuat biskut2 raya yang mudah2, tapi baru siap 2 jenis.. Ada lagi 2 perlu disiapkan minggu ni. Tunggu biskut2 seterusnya..


biskut feberet sejak saya kecik2 dulu..


sedap sedap sedap

Lynn, resepi untuk kedua2 biskut ni teramatlah senang.. Nanti iqa emailkan ye! .. Fri 11-Sep-2009 03:45
Posted by:Milkchoc
wat lelebih tak..huhu best nye..hibry suka tau yg mcm chipmore tu...mama emma pun suka..wat lelebih tau Fri 11-Sep-2009 04:12
Posted by:gadis melayu
choc chip cookies tu memang buat lebih.. Mewah dengan chocolate chip biskut tu.. (gerenti lebih sedap drpd chipsmore.. huhu ) Fri 11-Sep-2009 04:29
Posted by:Milkchoc
View all 6 comments Add comment


Thursday, 10-Sep-2009 06:33 Email | Share | | Bookmark
Preggy MOMMY..

Hihi.. Lama tak update. Janji nak upload gambar Bali tak upload2 lagi.. Bukan apa, kenapa ntah lately FP ni cam lembab je. Takpela.. Lain kali la cerita pasal Bali.. Cerita pasal perutku yang semakin mengeras dan membesar ini dan juga perisapan raya ye.. Tahun ni 1st raya bersama hubby, jadi harus lah beraya sakan.. Wahaha.. Kuih raya pon dah buat.. Cuma tunggu this weekend nak buat SPRING CLEANING!! Nak hias rumahku comel2.. Yeah!! So, entry kali ni letak gambar posing dalam rumah sebelum bershopping ye!



guess boy or girl?

i guess boy kot iqa~~ mesti ikut muka mom dier~~ ngee~ so cute~~
nie kat umah kelana jaya ka?
Fri 11-Sep-2009 02:39
Posted by:lynn lin_butterfly82@yahoo.com
O tq so much Lynn and Gojes. Boy or Girl tak kisah sgt.. janji sihat, cukup sifat and selamat masa delivery nanti.. Lynn, haah ni rumah Iqa kat Kelana jaya. Hubby Iqa yang susun atur rumah. Fri 11-Sep-2009 03:36
Posted by:Milkchoc
cute la iqa nih...nanti update lagi ekk...suka baca n tgok suma pic yg cantiik2 tu... Wed 18-Nov-2009 04:38
Posted by:shafina ahmad princess_pa224@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Thursday, 13-Aug-2009 02:16 Email | Share | | Bookmark
His guitar and I

 
Ini pic selingan sebelum saya teruskan cerita selanjutnya di Bali.. Huhu, saja ngada2 nak tunjuk ibu mengandung layan main guitar.. Pinjam guitar hubby.. Bukan reti main pon.



ada gaya?

Mantap la beb.. Mcm artis pro..Ini kalu Yuna tgk mesti ngangis punye la.. Thu 13-Aug-2009 06:33
Posted by:Jariku  - [Link]
wah wah.. ada gaya Fri 14-Aug-2009 07:35
Posted by:nanaKer
Wah,comelnya ibu mngandung main guitar. Fri 28-Aug-2009 08:30
Posted by:Mak Dara
Add comment


Saturday, 25-Jul-2009 03:09 Email | Share | | Bookmark
Yuhoohoo Bali..

 
Ok, jom cerita pasal Bali.. Bali memang syok! Banyak sangat tempat yang menarik dan tertarik untuk dilawati.. Orang-orang Bali ramah2, cuaca elok sepanjang trip kami di sana. Untuk Gambar-gambar part 2 ni, letak gambar-gambar sempoi je dulu.. Tunggu yang part 3 punya ok?

p/s: me and hubby bercadang nak habiskan lawatan ke seluruh pulau Bali.. Tapi tunggu baby dah besar la kot!


terbang di awan biru.. masa ni dah nak senja..



hari ke-2, berposing dulu kat hotel sebelum memulakan perjalanan..



me and hubby, syok tengok alam semulajadi..



pantai nusa dua



pengintip bersiri di lorong itu... (siapa lagi kalau bukan suamiku! )


So, tunggu untuk gambar-gambar seterusnye ye! Jangan lupa bagi komen!

Thanks Lynn.. Ni yang bersemangat nak upload gambo2 lain lagi nih.. Hehe Fri 31-Jul-2009 01:57
Posted by:Milk Choc
hahahha~~ bgus2 nie..upload byk2 tau~~ suka sgt tgk page iqa nie~~
nice n great pic lorh~~
Mon 3-Aug-2009 03:43
Posted by:lynn lin_butterfly82@yahoo.com
Cantiknya gambar2! Keep it up! Tue 4-Aug-2009 01:49
Posted by:Dewi
View all 4 comments Add comment


Thursday, 23-Jul-2009 04:24 Email | Share | | Bookmark
Perjalanan seterusnye.. Bali!

Bali memang SYOK!








p/s: ni suami saya punya gambo



Siapa la suami Puan ni yer..mantop2 gambo dia..mmg sesuai la dgn Puan..bagai pinang dibelah due.. Thu 23-Jul-2009 05:06
Posted by:Jariku  - [Link]
Yer betool... Fri 24-Jul-2009 02:04
Posted by:milkchoc
Add comment


Thursday, 25-Jun-2009 09:20 Email | Share | | Bookmark
Singapore Again..

Abg la tulis..
Salam to All.. Hehe, kali ni kasi muntah tengok pics kat Singapore. Harap lepas ni akan ada lebih banyak masa untuk upload gambo2 yg lebih2 cuns...


setibanya saya tiba di Singapore bersama suami(tgh ambik gambo)



@ Queen Street



Pigeons...



Singapore got penguins??



MRT



parents to be We ARE.....



ALL ABOUT CHOCS



@raffle's



Leaning Tower



'Temasek' now and then...



tepi sungai... Cantik..



shopping mall @ Orchard Street



somewhere..



sepetang di singapore.. Hujan...





GAMBO PENUTUP............








Kakak..kakak ni comel la..Kakak dah kawen? Sun 28-Jun-2009 16:08
Posted by:Budak kecik kat umah org kawen
Add comment


Wednesday, 6-May-2009 07:28 Email | Share | | Bookmark
On his birthday!

Salam semua, Ada banyak gambar lagi tak sempat2 nak edit.. Nak sangat update selalu tapi masa terlalu pantas berlalu.. Gambar2 kat Singapore ada lagi tapi disimpan untuk next entry. Untuk entry kali nak cerita pasal hubby's birthday yang dah berlalu 2 minggu.. Hehe.. That day (Friday) I ambik half day semata-mata nak merealisasikan impian nak celebrate birthday dengan hubby.. Cepat-cepat pegi Subang Parade beli card and his present, pastu pegi kedai cake kat Damansara pastu balik cepat-cepat masak. I cooked nasi ayam(1st time masak). Nasi ayam Hainan la konon-kononnya.. Alhamdulillah jadi. Tengok jam dah kul 6 kelam kabut sangat siapkan itu ini.. Tiup belon lagi.. Betul-betul surprise untuk hubby.. Happy sangat walaupun masa tu terlalu terkejar-kejar.. Pukul 7.30 siap-siap, call hubby dah nak sampai rumah.. Tutup lampu.. Biar lilin je yang menyala.. Bila dia bukak pintu.. Surprise!!!!!!!!!!!!!!! Hubby terkejut sangat, tak sangka surprise macam ni sekali...!






so sweet feels like wanna get marry now... hahaha... good to see u happy..
p/s: nnt daya dtg rumah leh watkan ns. ayam hainan
Fri 8-May-2009 08:13
Posted by:daya daya1185@yahoo.co.uk
Sedapppp..Memang seeeeeeeeeedaaap sgt2.. Tue 12-May-2009 09:08
Posted by:Hubby
hehhe...switttttttttt..
bestkan smbut bufday same2 dgn yg tersayang..
Fri 14-Aug-2009 08:19
Posted by:nanaKer
View all 5 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.